Semakin kita cuba melawan arus
Semakin kuat dugaan dan cabaran mendatang
Mungkin semua itu sekadar mahu menguji
Tahap kesabaran
Kecekalan
Serta ketabahan hati hambaNya
Mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku
Aku mohon supaya dikeluarkan dari segala permasalahan
Pertemukanlah jawapan disebalik kejadian ini
Tetapi
Andai itu takdirnya
Aku redha dan hanya mampu berserah
Semoga aku diperkuatkan untuk menghadapi semua cabaran ini
Ku harapkan juga sokongan dari rakan2
Hanya doa yang mampu aku panjatkan